Jenis alat pelindung gigi dan cara merawatnya

https://www.orami.co.id/magazine/media/uploads/pelindung_gigi.jpg

Alat pelindung gigi ialah suatu alat yang diperbuat daripada plastik. Ianya digunakan untuk melindungi diri daripada kecederaan gigi atau atrisi pada gigi. Alat pelindung gigi juga sangat dibutuhkan bagi mereka yang bergelut pada bidang olahraga yang banyak melibatkan kontak fisik rentan untuk mengalami trauma pada gigi. Sebut saja olahraga tinju, rugby, football, dan olahraga lainnya yang beresiko tinggi untuk terjadi kecelakaan pada wajah, mulut dan sekitarnya.

Ada 3 jenis alat pelindung gigi

  1. Alat pelindung gigi yang siap sedia
    Alat sebegini boleh dibeli dari kedai peralatan sukan atau farmasi. Ianya murah dan boleh dipakai terus oleh pembeli.

Kekurangannya ialah ianya mungkin tidak selesa dipakai dan tidak sesuai saiznya. Jikalau alat ini tidak muat dengan betul ke dalam mulut, maka, ia tidak akan memberi perlindungan kepada gigi.

  1. Alat pelindung gigi termoplastik
    Alat pelindung gigi termoplastik juga boleh di beli di kedai peralatan sukan atau di farmasi. Ianya boleh dipanaskan dalam air panas dan dibentukkan dalam mulut menggunakan jari supaya padan. Ia lebih selesa dipakai berbanding dengan alat yang siap-dijual.

  2. Alat pelindung gigi diperbuat khas
    Alat pelindung gigi diperbuat khas ini dibuat khusus untuk pemakainya. Acuan gigi akan dibuat oleh doktor pergigian. Kemudian, alat pelindung mulut akan di perbuat berdasarkan acuan tersebut. Alat yang diperbuat khas sebegini lebih selesa dipakai dan tidak mudah terkeluar dari mulut. Ia memberi perlindungan yang terbaik untuk gigi.

Kenapakah perlu saya memakai alat pelindung gigi?
Risiko mengalami kecederaan semasa aktiviti lasak dan juga aktiviti sukan sentiasa ada. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Tujuan memakai alat pelindung mulut ialah untuk mengurangkan impak jikalau berlaku kemalangan. Ianya boleh mengurangkan kecederaan kepada tisu kegigian dan mengurangkan risiko kehilangan gigi akibat kecederaan bersukan.

Satu lagi tujuan memakai alat pelindung gigi ialah jikalau individu tersebut ada tabiat kancing gigi Penggunaan alat pelindung gigi dapat mencegah giginya dari haus dan menjadi sensitif / sakit.

Cara penjagaan alat pelindung gigi

  1. Alat pelindung gigi perlu dibilas dengan air setiap kali sebelum dan selepas digunakan.
  2. Ia boleh dibersihkan menggunakan air dan sabun atau ubat gigi dan di bilas sebelum disimpan
  3. Seeloknya, simpan alat pelindung gigi dalam bekas tertutup yang berlubang supaya ianya disimpan kering.
  4. Selalu periksa permukaan alat pelindung gigi anda untuk pastikan ianya tidak haus / berlubang.
  5. Anda boleh membawa alat pelindung anda semasa pemeriksaan gigi intuk diperiksa oleh doktor gigi anda.

https://www.infogigi.com/1893/mengenal-berbagai-macam-alat-pelindung-gigi.html