Cara Membut Papaddum Khas India

Cara Membut Papaddum Khas India

Papaddum ini memang mirip banget sama kerupuk tapi rasanya beda ya. Papaddum biasanya jadi teman makan atau bisa juga jadi snack.

RESEP PAPADOM


  • 500gm kacang tosai, ditepungkan atau beli terus tepung kacang tosai.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) jintan putih.
  • 1/2 sudu kecil rempah ajoiwan (baunya seperti rempah barat tyme) dan lebih kurang bentuk jintan manis. Kalau tak dapat cari gunakan jeera (jintan putih jenis panjang).
  • 1/4 sudu kecil baking powder.
  • garam ikut rasa sendiri.

CARA-CARA MEMBUAT:

  1. Adunkan semua bahan-bahan diatas dalam sebuah bekas.

  2. Buatkan doh yang agak keras dengan tambahkan sedikit air. Kita kena kurangkan air seberapa yang boleh untuk papdom cepat kering.

  3. Selepas buat doh, tutup bekas doh tersebut dan biarkan doh didalamnya selama 2 jam.

  4. Selepas dua jam, masukkan sedikit minyak masak dan lenyekan(tumbuk) dengan anak batu lesong sehingga doh yang agak keras tadi akan menjadi lembut.

  5. Jadikan bebola kecil untuk dileperkan seperti roti capati dan saiz mengikut saiz yang anda yang di kehendaki. jangan tebal seperti capati pulak. Agak ketebalan seperti papadam yang kita beli dikedai sebelum digoreng.Tebal seperti keropok senang cerita.

  6. sekira semasa leperkan, doh melekat boleh gunakan sedikit miyak dan sapu bekas peleper.

  7. Kepingan papadam yang terhasil perlu dikeringkan di panas cahaya matahari selama dua hari. Jangan keringkan sangat nanti papadom anda boleh retak. Anda boleh gunakan berbagai cara. Mustahak nya doh. Kalau tak reti naka lenyek bulat , lenyek guna acuan atau boleh potong emapat segi seperti papadom Malaysia.

Referensi

RESEPI BUAT SENDIRI: PAPADUM. | PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN