Cara membuat Sambal Hitam Pahang

Sambal Hitam Pahang merupakan menu tambahan yang lezat, yuk berbagi resepnya!
image

BAHAN-BAHAN :
1/2 cawan belimbing buluh yg telah direbus
1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing-masing kalau suka pedas boleh lebihkan).
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
9 ulas bawang merah (3 ulas ditumbuk, 6 ulas dihiris nipis)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajinomoto vetcin penyedap rasa msg
1 cawan minyak masak

CARA CARA PENYEDIAAN :

  1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2. Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak-banyak & simpan sebagai stok.Belimbing hendaklah dicuci bersih kemudian masukkan ke dalam periuk (tanpa air),masukkan garam kasar sedikit,dan renih dengan menggunakan api yang paling perlahan…Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut. Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang paling perlahan sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. (jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni memadai hanya rebus anggaran 20biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul-betul kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
  2. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat (6 ulas lagi dihiris nipis).Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali.Kemudian,tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga,api biarkan perlahan)).Tambahkan garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding). Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.

Referensi :