Apa Saja Hukum Bacaan Tajwid?

Halukum bacaan tajwid

Apa saja hukum bacaan tajwid ?

Hukum-Hukum Bacaan Tajwid (Nun dan Mim)

Berikut adalah hukum bacaan tajwid dari huruf nun dan mim jika bertemu dengan berbagai huruf hjijaiyah lainnya.

  • Hukum Nun
    Hukum tajwid yang pertama adalah jika huruf nun bertemu dengan tanwin. Berikut adalah hukum bacaannya jika nun bertemu dengan huruf tanwin.

    • Izhar Halqi
      Yaitu bacaan yang dibaca nyata dan jelas Nun sakinah atau tanwin bertemu salah satu huruf izhar maka wajib diizharkan tanpa dengung.

    • Idgam Bigunnah
      Yaitu bacaan yang dibaca dengan memasukkan atau mencampurkan. Nun Sakinah atau tanwin bertemu huruf idgham bi ghunnah maka wajib diidghamkan dengan dengung.

    • Idgam Bilagunnah
      Hukum bacaan tajwid yang dibaca dengan memasukkan atau mencapurkan, namun Nun Sakinah atau tanwin bertemu huruf idgham bila ghunnah maka wajib diidghamkan tanpa dengung.

    • Iqlab
      Hukum bacaan dengan memalingkan, yaitu dengan menukarkan tiap-tiap huruf nun sakinah dan tanwin kepada mim yang ringan serta dikekalkan dengungnya

    • Ikhfa Hakiki
      Bacaan tajwid dengan menyembunyikan dan Menuturkan nun sakinah dan tanwin di antara izhar dan idgham tanpa tasydid serta kekal dengungnya.

  • Hukum Huruf Mim
    Hukum selanjutnya adalah mengenai hukum huruf mim jika bertemu dengan huruf-huruf lainnya

    • Ikhfa’ Syafawi
      Hukum bacaan ini meenyembunyikan dan memmbunyikan tiap-tiap huruf mim apabila bertemu ba’ ( ﺏ) dan dikekalkan dengung tanpa tasydid.

    • Idgham Mislain
      Hukum tajwid ini berkaitan dengan memasukkan huruf mim sakinah ke dalam huruf mim yang berbaris dan kedua-duanya menjadi satu huruf yang bertasydid serta kekal dengungnya.

    • Izhar Syafawi
      Hukum bacaan ini yaitu nyata dan Jelas, yang menyatakan Huruf mim sakinah apabila bertemu dengan huruf hijaiyyah selain daripada huruf ba’ dan mim tanpa dengung (Selain ﺏ dan ﻡ)

    • Hukum Mim dan Nun Tasydid
      Hukum bacaan ini adalah apabila mim dan nun yang bertasydid pada feel, isim dan huruf samada di tengan atau hujung kalimah ,kedua-duanya wajib dengung dua harakat.

Hukum Bacaan Mad

Hukum bacan maad adalah ketika bacaan tersebut harus dibaca panjang. Panjang (harakat) nya bergantung kepada hukum atau tanda yang menyertainya. Berikut adalah hukum bacaan mad dalam hukum tajwid . Panjang pendek dari hukum ini harus benar, agar tidak salah arti atau pemahaman dari bacaan yang dibaca.

  • Mad Wajib Muttasil
    Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah. Wajib 4 atau 5 harakat

  • Mad Jais Munfasil
    Huruf mad bertemu huruf hamzah dalam dua kalimah. 2 atau 4 atau 5 harakat

  • Mad ‘Arid Lisukun
    Mad yang disebabkan sukun yang mendatang pada huruf akhir kalimah kerana menghentikan bacaan padanya. 2 atau 4 atau 6 harakat

  • Mad ‘Iwad
    Mad yang berlaku kerana waqaf pada akhir kalimah-kalimah tertentu. Cara mengenalinya ialah waqaf pada kalimah yang berbaris dua di atas. 2 harakat

  • Mad lazim kalimi Muthaqqal
    Apabila terdapat huruf mad yang sakinah bertemu dengan huruf yang bertasydid dalam satu kalimah. 6 harakat

  • Mad Lazim kalimi Mukhaffaf
    Selepas huruf mad terdapat huruf sukun asli yang tiada tasydid dalam satu kalimah. 6 harakat

  • Mad lazim harfi Muthaqqal
    Huruf-huruf Muqatho’ah yang terdapat pada pembukaan surah tertentu. Susunan hurufnya terdiri dari tiga huruf dan huruf terakhirnya diidghamkan dengan huruf selepasnya. Seperti idgham lam kepada mim atau sin kepada mim. 6 harakat

  • Mad Lazim harfi Mukhaffaf
    Huruf-huruf Muqatho’ah yang terdapat pada pembukaan surah tertentu. Susunan hurufnya terdiri dari tiga huruf dan huruf terakhirnya tidak diidghamkan dengan huruf selepasnya 6 harakat

  • Mad Lin
    Apabila terdapat pada satu-satu kalimah, salah satu daripada huruf wau dan ya’ yang sukun dan sebelumnya terdapat huruf yang berbaris di atas. Mad lin ini berlaku ketika waqaf saja. 2 atau 4 atau 6 harakat

  • Mad badal
    Mengganti huruf hamzah yang kedua kepada huruf mad. Jika hamzah pertama berbaris di atas hendaklah hamzah kedua diganti dengan alif. Jika hamzah pertama berbaris di bawah hamzah kedua hendaklah diganti dengan ya’ dan jika hamzah pertama berbaris hadapan hamzah kedua dioganti dengan wau. 2 harakat.

  • Mad Sillah
    Mad yang terdapat pada ha dhamir. Apabila terdapat ha’ dhamir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.

  • Mad Sillah Qasirah
    Selepas ha’ dhamir terdapat selain hamzah qatho’. Dibaca 2 haraqat

  • Mad sillah Thowilah.
    Selepas ha’ dhamir terdapat qatho’.

  • Mad Tamkin
    Apabila terdapat 2 ya’ pada satu kalimah. Ya’ yang pertama berbaris di bawah serta bertasydid dan ya’ kedua sukun. 2 harakat

  • Mad Faraq
    Mad yang berlaku untuk membezakan antara kata-kata pertanyaan dan kata-kata perkhabaran. Terdapat 4 tempat dalam al-Quran. 6 harakat.

Sumber : http://www.duniahq.com/2016/04/hukum-bacaan-tajwid-beserta-contohnya.html